16 mata sumbangan Farrell bantu England duduki tangga ketiga

16 mata sumbangan Farrell bantu England duduki tangga ketiga

PEMAIN England meraikan kejayaan menduduki tangga ketiga Ragbi Piala Dunia selepas mengalahkan Argentina di Paris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ketua pasukan, Owen Farrell menyumbang 16 mata menerusi tendangan untuk membantu England menamatkan kempen Ragbi Piala Dunia di tangga ketiga selepas menumpaskan Argentina 26-23 awal pagi tadi.

Sumbangan besar Farrell membantu juara 2003 itu menduduki tempat ketiga buat kali pertama, dengan juara bertahan, Afrika Selatan akan berdepan New Zealand dalam final awal pagi esok.

Kegagalan menyempurnakan beberapa try menyebabkan Argentina hanya dipisahkan dengan tiga mata untuk menyamai pencapaian terbaik mereka dalam Piala Dunia 2007.

Nicolas Sanchez juga melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila gagal menyempurnakan penalti.

“Saya gembira kami berjaya menutup kempen dengan keputusan sebaik mungkin.

“Kami berbesar hati untuk menamatkan kejohanan dengan kemenangan.

“Sejujurnya kami mahu berada di sini malam esok (final) tetapi ia tetap kemenangan yang bagus malam ini,” kata pemain scrum The Lions, Ben Youngs yang membuat penampilan antarabangsa terakhirnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya