Zii Jia tersingkir awal, Tze Yong ke suku akhir

Zii Jia tersingkir awal, Tze Yong ke suku akhir

LEE Zii Jia tidak menyertai program RTG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong perlu membuktikan dirinya mampu beraksi konsisten apabila dia mara ke suku akhir setelah menyingkirkan wakil Jepun, Kanta Tsuneyama pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong hari ini.

Tze Yong yang kini berada di kedudukan ke-20 dunia mengejutkan pemain No. 14 dunia, Tsuneyama menerusi kemenangan 21-12, 21-11.

Semalam, pemain yang berada di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Indonesia, Hendrawan membenam jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi pembukaan.

Menanti Tze Yong pada suku akhir esok adalah pemain Denmark, Magnus Johannesen yang menyingkirkan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa seorang lagi wakil Malaysia dalam perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang masih belum mampu membuang badi tersingkir sama ada di pusingan pertama atau kedua.

Pemain ke-16 dunia, Zii Jia tunduk kepada Lee Chia Hao dari Taiwan, pemain yang mengejutkan jaguh No. 1 dunia, Viktor Axelson semalam  21-19, 17-21, 20-22.

NG TZE YONG

Dalam aksi beregu, dua gandingan Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani turut menempah slot ke peringkat lapan terbaik.

Pasangan No. 10 dunia, Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah mengetepikan rakan senegara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing 21-7, 21-10, manakala Sze Fei-Izzuddin menewaskan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Shuan dari Taiwan 21-13, 21-15.

Pada suku akhir, Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, sementara, Sze Fei-Izzuddin bakal mengharungi laluan getir berdepan pilihan kelapan, Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Dalam perseorangan wanita, Goh Jin Wei diberi kemenangan percuma selepas Ratchanok Intanon menarik diri dan dia akan bertemu pilihan keenam, Han Yue dari China di suku akhir, manakala, beregu campuran, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 16-21, 18-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya