Zawawi guna strategi kamikaze di peringkat pertama LTdL 2023

Zawawi guna strategi kamikaze di peringkat pertama LTdL 2023

ZAWAWI Azman (tengah) bersama pasukan kebangsaan menjalani latihan di sekitar Kuala Terengganu hari ini menjelang peringkat pertama LTdL 2023 esok. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kapten pasukan kebangsaan, Muhammad Zawawi Azman mahu membalas kepercayaan jurulatih negara, Yusoff Nasir dengan cuba melakar kejayaan pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 esok.

Kemasukannya ke dalam skuad kebangsaan dan diberikan peranan sebagai kapten ibarat talian hayat buat dirinya yang mengambil keputusan berhenti dari menjadi pelumba profesional selepas majikannya sebelum ini, Sapura Cycling Team (TSC) terpaksa ditutup kerana berdepan dengan masalah kewangan.

Justeru dia sedia untuk melakukan apa sahaja bagi membolehkan namanya kembali bersinar biarpun sudah dua tahun tidak beraksi secara kompetitif di peringkat antarabangsa.

“Untuk mengatakan keadaan diri saya adalah seperti dahulu adalah sukar kerana sebelum ini saya banyak menyertai perlumbaan dan hasil daripada latihan yang saya harungi sebelum ini boleh diukur di kejohanan-kejohanan tersebut.

“Tetapi saya ketika menyertai Tour Gateh minggu lalu di sini, keyakinan diri itu mula datang kembali kerana saya rasa saya masih mempunyai kemampuan untuk beraksi dengan lebih baik,” kata Zawawi.

Laluan esok akan menyaksikan para pelumba mengharungi jarak sejauh 187.4 kilometer (km) yang bermula dari Kerteh ke Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dengan tiga zon pecutan di Dungun, Ajil dan Tok Jamal serta tiga zon dakian di Jerangau dan Sekayu.

Ia dilihat sebagai laluan yang berpotensi buat Zawawi melakar kejutan berdasarkan kebolehannya yang mampu beraksi di kesemua posisi untuk cuba menempatkan dii berada di kelompok hadapan.

“Macam saya, saya mahu buru podium, saya akan cuba untuk pergi sekuat mungkin pada hari pertama perlumbaan (hari ini), mungkin orang ramai akan rasa ini strategi ‘bunuh diri’ sebab baru peringkat pertama, tetapi saya rasa waktu untuk saya semakin suntuk dan saya perlu melakukan sesuatu.

“Hari pertama saya rasa saya masih segar dan tambahan pelumba luar yang lain baru hadir ke Malaysia, mungkin ada diantara mereka masih belum sesuaikan diri dan sebagainya. Jadi saya hendak cuba gunakan kesempatan ini untuk melakukan sesuatu. Kalau saya ada pencapaian yang baik pada peringkat pertama, ini boleh menaikkan moral saya untuk baki perlumbaan,” tambah Zawawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya