Tze Yong pemain yang sukar diramal – James

Tze Yong pemain yang sukar diramal – James

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong membuka kempen badminton Terbuka China dengan mengejutkan pemain No. 6 dunia, H. S. Prannoy semalam, sekali gus menyaksikan kemampuannya amat sukar untuk diramal.

Selepas mengharungi aksi sengit sejam, enam minit, pemain No. 22 dunia itu menang 21-12, 13-21, 21-18.

Kemenangan Tze Yong agak mengejutkan kerana Prannoy kini berada pada prestasi terbaik selepas meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia di Copenhagen bulan lalu, malah mengejutkan pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen di suku akhir.

Bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk James ­Selvaraj berkata, Tze Yong sukar diramal kerana walaupun tidak berada dalam kelompok 20 terbaik dunia, persembahannya kadangkala agak meyakinkan.

JAMES SELVARAJ

“Bagi saya dia ini bermain memang bagus, dia sentiasa ada peluang untuk menang malah lawan pun susah untuk tewaskannya.

“Cuma saya lihat dia agak kelam kabut bila sudah menang dan apabila ke aksi seterusnya dia hilang strategi.

“Saya harap dia konsisten dan yakin diri untuk mencipta kemenangan yang berterusan,” ­katanya kepada Utusan ­Malaysia.

Kemenangan itu bakal menemukan Tze Yong dengan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia yang mara selepas menewaskan seorang lagi pemain India, Priyanshu Rajawat, 21-13, 26-24 pada pusingan pertama.

Bercakap kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas kemenangannya pada pusingan pertama, Tze Yong berkata, dia memanfaatkan apa yang diketahui tentang ­Prannoy.

“Saya mengambil peluang ini kerana saya rasa Prannoy belum pulih sepenuhnya (tahap ­kecergasan) daripada ­Kejohanan Dunia.

“Saya tahu Prannoy adalah pemain yang kuat dengan pukulan kuat, jadi saya cuba yang terbaik untuk mengangkat setiap pukulannya,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

PEARLY Tan-M. Thinaah melepasi pusingan pertama Terbuka China.

Sementara itu, cabaran negara di Changzhou turut ­diteruskan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan pasangan Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen 17-21, 21-17, 21-10.

Turut mara ke pusingan ­kedua, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menumpaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 25-23, 21-15.

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia hanya akan turun ke gelanggang hari ini untuk aksi pusingan pertama, menentang naib juara dunia, Kodai Naraoka dari Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya