Tze Yong mulakan kempen dengan singkir pemain No. 6 dunia

Tze Yong mulakan kempen dengan singkir pemain No. 6 dunia

NG Tze Yong mengejutkan pemain No. 6 dunia, H.S. Prannoy dari India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong memulakan kempen badminton Terbuka China dengan mengejutkan pemain No. 6 dunia yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia, H.S. Prannoy dari India di Changzhou hari ini.

Turun sebagai pemain No. 22 dunia, pereorangan lelaki negara itu memerlukan satu jam, enam minit untuk menang 21-12, 13-21, 21-18 dalam pertembungan pertama antara kedua-dua pemain di Gimnastium Pusat Sukan Olimpik.

Kemenangan itu bakal menemukan Tze Yong dengan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia yang mara selepas menewaskan seorang lagi pemain India, Priyanshu Rajawat, 21-13, 26-24 pada pusingan pertama.

Bercakap kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas kemenangannya pada pusingan pertama, Tze Yong berkata, dia memanfaatkan apa yang diketahui tentang Prannoy.

“Saya mengambil peluang ini kerana saya rasa Prannoy belum pulih sepenuhnya (tahap kecergasan) daripada Kejohanan Dunia.

“Saya tahu Prannoy adalah pemain yang kuat dengan pukulan  kuat. Saya cuba yang terbaik untuk mengangkat setiap pukulannya,” katanya.

Prannoy berada dalam prestasi terbaik dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen bulan lalu, terutama selepas mengejutkan pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen pada suku akhir.

PEARLY Tan-M. Thinaah melepasi pusingan pertama Terbuka China.

Sementara itu, cabaran negara turut diteruskan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan pasangan Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen 17-21, 21-17, 21-10.

Turut mara ke pusingan kedua, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menumpaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 25-23, 21-15.

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia hanya akan turun ke gelanggang esok untuk aksi pusingan pertama, menentang naib juara dunia, Kodai Naraoka dari Jepun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya