Tiada yang positif dalam perlawanan ini - Zii Jia

Tiada yang positif dalam perlawanan ini – Lee Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas beraksi baik dalam dua kejohanan sebelum ini, Lee Zii Jia kembali dihantui dengan kekalahan di pusingan awal apabila tersingkir pada pusingan pembukaan badminton Terbuka China hari ini.

Selepas kalah sengit 24-26 di set pertama dan bangkit memenangi set kedua 21-12, pemain No. 14 dunia bergelut di set penentuan apabila kalah 11-2 kepada naib juara dunia, Kodai Naraoka dari Jepun.

Sejurus tamat kekalahan itu, Zii Jia mengakui, tiada apa yang positif buatnya dalam perlawanan tersebut, sedangkan Naraoka sudah menjadi pemain yang lebih stabil.

“Saya rasa saya tidak ada apa-apa untuk diperkatakan hari ini. Ini adalah sesuatu yang saya perlu terima dan cuba lagi.

“Kodai, seperti yang kita tahu, sangat konsisten. Dia seorang pemain rali yang bagus dan pemain bertahan.

“Dia juga kurang melakukan kesilapan tanpa paksaan dan sangat stabil. Itu kelebihannya.

“Saya rasa tidak ada apa-apa yang baik untuk saya. Saya cuma perlu mencuba lagi,” kata Zii Jia yang dipetik dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, nasib juga tidak menyebelahi perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir di pusingan pertama selepas kalah 18-21, 12-21 kepada pemain Jepun, Aya Ohari.

Bagaimanapun nasib berbeza dicipta beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila berjaya menundukkan pasangan India, Rohan Kapoor-Sikki Reddy dalam aksi straight set, 21-16, 21-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya