Terengganu FC sedia lakar kejutan besar

Terengganu FC sedia lakar kejutan besar

PEMAIN Terengganu FC menjalani latihan – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC yang bakal menerima kunjungan juara Australia, Central Coast Mariners dalam ‘mood’ terbaik selepas melakar enam kemenangan berturut-turut (semua pertan­dingan), termasuk menundukkan Selangor 2-0 pada Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Mengakui pertemuan dengan Mariners dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G sebagai tugas berat, jurulatih Penyu, Tomislav Steinbruckner bagaimanapun percaya, pasukannya berada pada momentum baik dengan rekod tanpa kalah sejak kekalahan terakhir kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Jun lalu.

Kata pengendali dari Croatia itu, kekuatan utama lawan adalah fizikal lebih sasa, sekali gus memberi cabaran sengit dalam situasi bola mati.

“Selepas menonton aksi lawan bulan lalu, saya dapati Central Coast Mariners pasukan kuat dengan fizikal pemain yang dijangka memberi masalah kepada kami.

TOMISLAV Steinbruckner (dua, kiri) berjabat tangan dengan ketua jurulatih Central Coast Mariners, Danny Vukovic (dua, kanan) dalam sidang akhbar Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

“Semua pemain, terutama pertahanan harus fokus 100 peratus dan tidak melakukan kesilapan mudah jika mahu meraih keputusan positif.

“Momentum kemenangan mungkin beri sedikit kelebihan namun setiap perlawanan memberi cabaran berbeza dan kamiakan buat yang terbaik,” katanya semalam.

Steinbruckner mengakui, kejayaan JDT muncul juara 2015 dan KL City bergelar naib juara tahun lalu memberi inspirasi kepada pasukannya yang teruja untuk kembali ke pentas Asia sejak 2012.

Sementara itu, kapten Terengganu, Habib Haroon, yang berpengalaman beraksi dalam Piala AFC menganggap kejohanan itu amat penting buat pemain skuad Penyu.

“Apabila beraksi di pentas Asia, motivasi kami berkobar-kobar apatah lagi bermain depan penyokong sendiri,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya