Tempat Luqman, Nooa sudah terjamin

Tempat Luqman, Nooa sudah terjamin

NOOA LAINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 23 (B-23) minggu depan sudah terjamin tanpa perlu ­melalui ‘saringan’.

Luqman yang kini beraksi bersama Njardvik FC dan Nooa pula dengan SJK Seinajoki FC mendapat jaminan itu daripada ketua jurulatih skuad B-23 negara, E. Elavarasan, dan kedua-duanya akan terus melapor diri bersama pasukan di Chonburi, Thailand pada 4 September nanti.

“Seramai 22 pemain melaporkan diri pada hari pertama dan esok (semalam), ada seorang lagi pemain. Dua lagi iaitu Luqman dan Nooa pula akan ­melaporkan diri di Chonburi.

“Namun kita akan gugurkan dua pemain pada 3 September kerana kita hanya boleh mendaftarkan 23 pemain,” kata Elavarasan pada sesi latihan pertama skuad B-23, kelmarin.

LUQMAN Hakim Shamsudin antara 25 pemain yang mendapat panggilan kem latihan skuad bawah 23 tahun.

Elavarasan turut menegaskan bahawa tiada istilah lawan mudah untuk pasukannya beraksi dalam pusingan kelayakan kali ini kerana mereka sama sekali tidak boleh memandang ringan kebolehan pasukan-­pasukan lain.

“Dalam mana-mana pusi­ngan kelayakan, kita perlu anggap semua pasukan kuat. Tiada (istilah) pasukan ini kuat, pasukan ini tidak kuat, kerana dalam bola sepak, apa saja boleh berubah.

“Kalau dilihat untuk skuad kali ini, kita ada pemain yang mantap tetapi perlu diingat, pasukan lain pun kuat apatah lagi seperti Korea Selatan dan Jepun yang jauh berkualiti tinggi.

“Dengan kemahiran Luqman dan Nooa serta pemain yang berpengalaman dalam Liga Super, mungkin ini dapat membantu menambah prestasi pasukan kita,” katanya.

Malaysia dijadual membuka perlawanan pada 6 September berdepan Bangladesh, dan kemudian Filipina pada 9 September, serta yang terakhir Thailand pada 12 September.

Ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi, Bangkok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya