Tanpa Azizulhasni, sasaran 27 pingat mampu dilakar

Tanpa Azizulhasni, sasaran 27 pingat mampu dilakar

Azizulhasni Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketiadaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau ‘The Pocket Rocketman’ amat dirasakan kontinjen negara yang memulakan cabaran di Sukan Asia Hangzhou bermula semalam hingga 8 Oktober ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, bagaimanapun kekurangan itu tidak menjejaskan tumpuan atlet untuk merealisasikan hasrat diletakkan bagi meraih 27 pingat disasarkan.

“Insya-Allah persediaan sudah lama dilakukan cuma ada terkesan sikit apabila ketiadaan Azizulhasni kerana dia adalah prospek pingat utama. Kita doa dan harap satu pencapaian terbaik dapat dilakukan oleh atlet negara di Hangzhou untuk melakar kejutan.

“Justeru, kita masih yakin dengan sasaran 27 pingat yang diletakkan buat atlet negara melakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Masyarakat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di Dewan Kristal, Wisma Perkeso, Ayer Keroh di sini, hari ini.

ADAM ADLI Abd. Halim menyampaikan sijil SKSSR kepada seorang suri rumah di Dewan Kristal, Wisma Perkeso, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Tambah Adam Adli, beliau yakin atlet negara mampu bersaing dengan beberapa gergasi Asia seperti China dan Jepun berdasarkan prestasi mereka menjalani latihan pesat sebelum ini.

Ujarnya, prestasi atlet di Hangzhou akan menjadi ukuran penting dalam memilih atlet yang bakal membawa cabaran ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, kementerian mengharapkan The Pocket Rocketman segera pulih daripada kecederaan dialami hingga memaksanya menarik diri bertanding di Hangzhou.

“Azizulhasni menjadi sandaran utama negara untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Paris nanti. Kecederaan dia belum pulih dan harap dapat pulih segera kerana dia menjadi sandaran kilauan pingat di Paris,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya