Szoboszlai bantu Liverpool bangkit dari ketinggalan melalui jaringan hebat

Szoboszlai bantu Liverpool bangkit melalui jaringan hebat

liverpool
Dominik Szoboszlai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JARINGAN hebat Dominik Szoboszlai pada separuh masa kedua membantu Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leicester City 3-1 dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Kasey McAteer memberikan Leicester pendahuluan hanya dalam masa tiga minit permainan bermula.

Liverpool berusaha keras untuk menyamakan kedudukan, dengan pemain muda Harvey Elliott dan Ben Doak menggegarkan palang dan cubaan Jarell Quansah dihalang oleh Jakub Stolarczyk.

Cody Gakpo bagaimana pun berjaya mendapat gol penyamaan The Reds dengan penyudah yang baik sejurus selepas separuh masa kedua bermula.

Szoboszlai yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua meletakkan Liverpool di depan apabila, beberapa saat selepas dimasukkan dia melakukan rembatan yang terus menerjak ke jaring lawan,

Leicester dilihat cuba untuk bertindak balas dan tetapi ketika mereka leka mencari gol penyamaan tuan rumah akhirnya menghadirkan gol ketiga.

Sentuhan daripada Diogo Jota mememastikan kemenangan mutlak milik LIverpool yang akan bertandang ke Bournemouth bagi pusingan keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya