Suster Ngesot meriahkan LTdL 2023 ke Genting Highlands

Suster Ngesot dan Jerangkung meriahkan pendakian pelumba LTdL ke Genting Highlands

KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2023 - Gelagat sebahagian penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan Peringkat 5 dari Slim River, Perak menuju ke Genting Highlands, Pahang sejauh 126.4 km pada siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS: Peringkat kelima perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang berakhir di Genting Highlands pada hari ini bukan sahaja menjadi buruan pelumba untuk mencabar jersi hijau, pendahulu keseluruhan namun turut menjadi tumpuan dengan kehadiran penyokong basikal tempatan yang tampil memakai busana pelik sepanjang pendakian ke puncak itu.

Antara busana pelik yang disarung kumpulan peminat tempatan ini antaranya maskot penguin, hantu jerangkung, dinosaur T-Rex serta watak filem seram Indonesia, Suster Ngesot dan pelbagai lagi yang turut sama memberikan kata-kata sokongan kepada semua pelumba sepanjang jalan pendakian ke puncak Genting Highland, yang dikelaskan sebagai Hors Categorie untuk saingan ini.

KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2023 – Para penonton yang hadir menunggu di perkarangan Tokong Chin Swee Caves bagi menyaksikan perlumbaan Peringkat 5 dari Slim River, Perak menuju ke Genting Highlands, Pahang sejauh 126.4 km pada siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Ia juga telah disifatkan sebagai acara tahunan yang wajib buat kelompok peminat basikal tempatan ini tampil dengan busana unik itu setiap kali Genting Highlands dijadikan antara destinasi laluan LTdL.

Untuk rekod, Genting Highlands pernah tersisih selama empat edisi daripada saingan LTdL sebelum ia dikembalikan semula pada 2019.

Juara perlumbaan peringkat kelima LTdL 2023 hari ini milik pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr yang turut merampas jersi hijau, pendahulu keseluruhan.
Simon Pellaud (Tudor Pro Cycling) kekal menyarung jersi bintik merah, Raja Bukit, sementara rakan sepasukan, Arvid De Kleijn mengekalkan penguasaan jersi jingga, Raja Pecut sejak peringkat pertama.

Yadim Pronskiy daripada pasukan Astana Qazaqstan merampas jersi putih, Pelumba Terbaik Asia.

Malaysia masih boleh berbangga apabila pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri dinobatkan sebagai pelumba terbaik negara untuk peringkat ini setelah menghabiskan perlumbaan di tangga ke 33 keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya