Sukan Asia 'talian hayat' Zii Jia untuk kekal dalam RTG

Sukan Asia ‘talian hayat’ Zii Jia untuk kekal dalam RTG

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya Lee Zii Jia sendiri mampu mempertahankan kedudukannya dalam program Road to Gold (RTG) tetapi jika berterusan berdepan isu prestasi, nasib mungkin tidak lagi menyebelahinya.

Kelmarin, perseorangan utama negara itu kalah 21-19, 17-21, 20-22 kepada pemain No. 37 dunia, Lee Chia Hao dari Taiwan pada ­pusingan kedua badmiton Terbuka Hong Kong.

Kekalahan tersebut menyaksikan bekas juara All England itu gagal melepasi pusingan kedua dalam 11 daripada 14 kejohanan yang disertai tahun ini.

Ketika panel penilaian akan bersidang bulan depan untuk memutuskan siapa harus kekal, keluar atau masuk ke dalam progam RTG, Zii Jia kini terdesak untuk mengekalkan tempatnya dengan memberi persembahan terbaik pada Sukan Asia di Hangzhou.

Buat masa ini, pemain kelahiran Kedah itu masih menjadi harapan untuk membawa pulang pingat pada temasya yang akan berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober.

Bagaimanapun, dengan prestasinya yang merosot sepanjang musim ini, malah jatuh ke ranking 16 dunia, Selasa lalu, perhatian mungkin perlu dialihkan kepada pemain lain seperti Ng Tze Yong.

NG TZE YONG

Bekas pemain kebangsaan, Ong Ewe Hock berharap Zii Jia dapat melakukan sesuatu di Hangzhou kerana dia sudah memiliki jurulatih dan perlu berusaha mengekalkan tempatnya dalam Program RTG.

“Bagi saya, untuk RTG semua bergantung kepada pencapaian dia. Kalau mahu terus berada dalam program, dia kena buat sesuatu.

“Kebaikan berada dalam RTG, sudah tentu semua ditaja oleh kerajaan tetapi jika dia bersedia menanggung segala kos dengan perbelanjaan sendiri, maka dia perlu bekerja lebih mendapatkan tajaan.

“Kalau prestasinya bagus, dia patut kekal, jika sebaliknya, itu terpulang kepada jawatankuasa program buat keputusan.

“Untuk baki satu lagi kejohanan ini, Zii Jia tidak boleh berdiam dengan prestasinya yang semakin jatuh,” kata Ewe Hock kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ewe Hock, keadaan semakin suntuk buat Zii Jia jika mahu mengekalkan kedudukan dalam RTG tetapi jika dia hanya memikirkan tentang Olimpik, peluangnya masih ada.

“Sekarang kita ada pemain lain, macam Ng Tze Yong yang sedang top form.

“Bagi saya ini bagus sebab dia akan beri persaingan kepada pemain yang lain, jangan kembali ke zaman Datuk Lee Chong Wei dulu, hanya harapkan dia saja menang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya