Sukan Asia: Speedy Tigers belasah Thailand 9-0

Sukan Asia: Speedy Tigers belasah Thailand 9-0

AKSI Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Thailand di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou. - IHSAN ASIAN GAMES HANGZHOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memulakan misi memburu pingat emas hoki lelaki Sukan Asia 2022 dengan garang apabila membelasah Thailand 9-0 dalam saingan pembukaan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini.

Biarpun kemenangan sudah diduga kerana status Malaysia selaku pasukan No. 10 dunia berbanding Thailand (54), namun Speedy Tigers tidak menjangkakan untuk menang besar ekoran aksi bertahan yang dipertontonkan lawan.

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Nik Muhammad Nik Rozemi dan Muhammad Aminuddin Mohd. Zain masing-masing meledak dua gol.

Tiga lagi jaringan Malaysia disempurnakan Muhammad Firhan Ashaari, Abdul Khaliq Hamirin dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Anak-anak buah A. Arul Selvaraj menunjukkan keghairahan untuk memenangi aksi di Stadium Gongshu Canal Sports Park itu sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan.

Speedy Tigers hanya memerlukan seawal  minit kelapan untuk membolosi gawang lawan menerusi jaringan padang Azrai sebelum Firhan menggandakan kedudukan 2-0 di minit ke-21.

Malaysia jelas berada dalam kelas berbeza dengan Thailand apabila meledak tiga gol dalam tempoh empat minit pada minit ke-30, 32 dan 34.

Aminuddin juga mempamerkan pukulan sudut penalti (PC) yang tajam apabila menambah dua gol menerusi PC pada minit ke-43 dan 45.

Jaringan Abdul Khaliq dan Amiran di minit ke-57 dan 60, juga menerusi PC melengkapkan pesta gol Malaysia.

Speedy Tigers yang merupakan naib juara Sukan Asia 2018 dan 2010 akan diuji oleh Oman dalam aksi kedua, Selasa depan, diikuti Indonesia pada Khamis, Korea Selatan (Sabtu) dan dan tuan rumah, China (2 Oktober). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya