Sukan Asia: Peluang Tze Yong lebih baik daripada Zii Jia?

Sukan Asia: Peluang Tze Yong lebih baik daripada Zii Jia?

NG Tze Yong akan kembali menjalani sesi latihan Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terlalu ramai pemain berada pada prestasi terbaik dalam saingan badminton perseorangan lelaki pada Sukan Asia kali ini menyaksikan peluang Ng Tze Yong dan Lee Zii Jia untuk memburu pingat amat sukar.

Bintang muda Thailand, Kunlavut Vitidsarn masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan dunia, manakala juara bertahan, Jonatan Christie (Indonesia) baru merangkul gelaran Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Kodai Naroka (Jepun) dan dua pemain China, Shi Yuqi serta Li Shifeng masing-masing turut menjadi pencabar utama melihat kepada prestasi yang ditunjukkan musim ini.

Begitupun bekas pemain No. 1 dunia, Roslin Hashim percaya, Tze Yong yang kini berada di ranking ke-19 dunia memiliki peluang lebih baik berbanding Zii Jia untuk melakar kejutan di Hangzhou.

Katanya, Tze Yong ­menunjukkan peningkatan besar, malah mengalami kenaikan ­ranking drastik dari tangga ke-30 di awal tahun dan kini dalam kelompok 20 terbaik dunia.

LEE ZII JIA

“Kalau tengok ranking, memang Zii Jia lebih daripada Tze Yong tetapi kita kena faham, ranking Tze Yong menaik sedang­kan Zii Jia menurun. Zii Jia pernah berada di ranking No. 3 tetapi sekarang di No.16.

“Jadi kalau tengok prestasi, kita boleh harapkan Tze Yong, cuma jangan lihat kepada ­ranking.

“Kalau kita tengok keputusan perlawanan sebelum ini memang Tze Yong masih sukar nak dibandingkan pemain Asia lain.

“Bagi pendapat saya, memang tugas yang berat untuk Malaysia dapatkan pingat, walaupun gangsa.

“Tetapi kalau kita nilaikan usaha keras Tze Yong daripada awal dengan tahap keyakinannya dahulu rendah, kita boleh katakan pengalaman banyak mengajarnya menjadi siapa dia hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Roslin percaya, pemain berusia berusia tahun hadir ke Hangzhou dengan keyakinan yang tinggi terutama selepas mengalahkan nama besar seperti Viktor Axelsen tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya