Nur Shazrin hadiahkan emas pertama Malaysia

Sukan Asia: Nur Shazrin hadiahkan emas pertama Malaysia

sukan asia
NUR Shazrin Mohamad Latif meraih emas pertama Malaysia di Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pingat emas pertama kontinjen Malaysia di Sukan Asia Hangzhou akhirnya menjelma hari ini menerusi atlet pelayaran wanita negara, Nur Shazrin Mohamad Latif.

Nur Shazrin yang bermula baik sejak perlumbaan pertama dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir acara ILCA 6 hari ini terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin.

Kejayaan meraih emas juga menyaksikan, atlet kelahiran Pasir Gudang, Johor itu menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara yang sama.

Pingat perak dalam acara itu dimenangi oleh atlet dari Hong Kong manakala gangsa milik peserta Singapura.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya