Sukan Asia medan buru pingat, bukan untuk pendedahan

Sukan Asia medan buru pingat, bukan untuk pendedahan

MOHAMAD Norza Zakaria (tengah) bersama barisan kepimpinan MOM, jurulatih dan atlet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sukan Asia bukan medan pendedahan ­seperti Sukan SEA, dan semua atlet yang bertarung di Hangzhou diingatkan agar pergi dengan misi membawa pulang pingat, tegas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Norza juga menegaskan, temasya yang akan membuka tirai pada 23 September itu bakal menjadi misi 2 dalam 1 buat atlet yang bakal beraksi di ­Olimpik Paris tahun depan, kerana temasya tersebut sebahagian pentas untuk menaikkan nilai mereka, terutama yang berada dalam program Road To Gold (RTG).

“Sukan Asia dan Olimpik ­tiada banyak beza terutama bagi badminton dan berbasikal yang mana kita boleh jadikan sebagai penanda aras terbaik untuk melihat kemampuan atlet RTG.

“Ini kerana selepas Sukan Asia nanti, kita akan melakukan ‘review’ untuk prestasi semasa atlet RTG bagi melihat sama ada mereka berada di landasan yang sepatutnya atau tidak,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pemilihan Kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19.

Norza turut mengingatkan barisan atlet negara bahawa Sukan Asia bukanlah tempat untuk mereka bercuti.

“Pemergian kita ke Sukan Asia untuk memburu pingat. Ia temasya berprestasi tinggi yang mana Malaysia menghantar atlet yang layak sahaja di bawah kategori A dan B.

“Saya amat berharap atlet akan menggalas tanggungjawab ini dan memberikan prestasi yang membanggakan,” ujarnya.

Sementara itu, Norza turut mengumumkan pelantikan dua Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia iaitu Datuk Mohamad Irwan Zulkifli dari sukan tinju dan bekas atlet gimnastik berirama, Profesor Madya Dr. Farrah-Hani Imran.

Selain itu, dua orang pembawa bendera ke Sukan Asia turut diumumkan dengan atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan S. Sivasangari dari skuasy dipilih menggalas tanggungjawab besar itu.

Norza berkata, pemilihan Shah Firdaus dan Sivasangari adalah kerana pihaknya yakin kedua-dua atlet itu mampu menjadi sumber inspirasi selain berkongsi pengalaman mereka khususnya kepada atlet muda.

Malaysia dijangka mengumumkan sasaran pingat pada Isnin depan. Dalam temasya terakhir di Jakarta/Palembang pada 2018, kontinjen negara pulang bersama tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya