Sukan Asia: Malaysia boleh bawa balik 5 pingat emas

Sukan Asia: Malaysia boleh bawa balik 5 pingat emas

PASUKAN karate hadir ke Sukan Asia Hangzhou dengan misi menjadi penyumbang pingat emas. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melihat kepada kekuatan semasa 289 atlet yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam edisi ke-19 Sukan Asia, lima emas adalah keputusan ­realistik untuk diraih kontinjen negara.

Biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran ‘selamat’ tanpa menyasarkan emas dan hanya meletakkan 27 pingat (tanpa mengira warna) untuk dibawa pulang, namun peng­analisis sukan, Mohd. ­Sadek Mustaffa percaya, 27 pingat yang disasarkan itu tidak mudah untuk diraih.

Beliau percaya, karate serta wusyu akan menjadi prospek pingat emas terbaik kontinjen Malaysia melihat kepada pencapaian mereka kejayaan di pentas antarabangsa, dan kontinjen negara mungkin pulang bersama 20 pingat.

Bukan mahu menidakkan ke­upayaan atlet sukan lain yang akan berjuang di bumi China nanti, tetapi ketika ini karate dan wusyu mempunyai pencapaian paling meyakinkan untuk membutirkan emas.

“Secara peribadi, saya melihat karate dan wusyu akan cemerlang di Sukan Asia, basikal trek juga ada kemungkinan untuk emas tetapi kena lihat keadaan semasa Datuk Azizulhasni Awang.

“Jika dilihat ­prestasi pada kejohanan dunia, basikal trek tidak menonjol. Sama juga dengan terjun yang alami kemerosotan prestasi dan perkara ini sememangnya membimbangkan kem negara.

“Karate dan wusyu ada rekod yang baik, di Sukan SEA Kemboja mereka berjaya membawa pulang emas dan wusyu kali ini kita ada juara dunia selain mereka cemerlang di Sukan Universiti Dunia,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada edisi terakhir Sukan Asia di Palembang/Jakarta 2018, Malaysia yang diperkuatkan oleh 417 atlet pulang bersama tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa untuk menggondol 36 pingat ­keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya