Sukan Asia: Laluan skuasy Malaysia tidak terlalu sukar atau mudah

Sukan Asia: Laluan skuasy Malaysia tidak terlalu sukar atau mudah

S. SIVASANGARI yang meraih pingat perak pada Sukan Asia 2018 menjadi sandaran emas di Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan barisan pemain skuasy negara baik dalam acara individu mahu pun berpasukan pada Sukan Asia di Hangzhou, China, tidak begitu berpihak kepada Malaysia tetapi dalam masa sama ia bukanlah satu undian yang berat sebelah.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, dalam saingan individu, cabaran yang bakal diterima khususnya Ng Eain Yow yang diletakkan sebagai pilihan pertama sedikit mencabar, manakala, untuk berpasukan baik lelaki serta wanita, laluan awal agak mudah bagi membolehkan jurulatih membuat penggiliran pemain.

“Undian yang dijalankan pagi ini, saya anggap sebagai adil kerana ia tidaklah berpihak kepada kita atau menentang kita, bagi Eain Yow, dia bakal berdepan sedikit tentangan, tetapi untuk mengejar pingat, sudah tentu laluannya tidak mudah.

“Hong Kong dan India bakal menjadi halangan kita dalam acara berpasukan lelaki dan wanita, sama ada kita bertemu Hong Kong atau India pada separuh akhir atau di peringkat kumpulan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Undian untuk acara individu serta berpasukan bagi saingan lelaki dan wanita telah dilaksanakan di Hong Kong menjelang temasya empat tahun sekali itu yang akan membuka tirai pada 23 September ini.

Pilihan kedua, Saurav Ghosal dari India bakal menjadi pencabar terbesar Eain Yow jika berjaya mara ke final, tetapi, sebelum itu, pemain No. 19 dunia tersebut perlu berdepan pilihan ketiga, Abdulla Al Tamimi dari Qatar yang juga bukanlah pencabar yang mudah.

Untuk perseorangan wanita, juara Asia, Chan Sin Yuk dari Hong Kong dijangka menjadi ancaman S. Sivasangari bagi memburu pingat emas, selain, pilihan pertama dari Jepun, Satomi Watanabe yang dikalahkannya pada separuh akhir Kejohanan Asia, baru-baru ini.

Namun, sedikit membimbangkan jika Sivasangari yang dilihat tidak bermasalah ke pentas akhir ialah berdepan Sin Yuk yang berjaya menewaskannya pada final Kejohanan Asia di Hong Kong.

Bagi Eain Yow, dia turut mengalami nasib serupa apabila tumbang kepda Ghosal pada Terbuka Paris, bulan lalu.

Menurut Maniam, beliau enggan terlalu memikirkan laluan anak-anak buahnya di dalam undian Sukan Asia, kerana apa yang lebih penting, jika, Malaysia berhajat memenangi pingat emas, maka, wajib untuk pemain menumbangkan lawan masing-masing.

Selain Eain Yow dan pilihan ke-3/4, Sivasangari, Malaysia turut mempertaruhkan Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar serta naib juara remaja dunia, Aira Azman dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Bagi saingan berpasukan lelaki, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Thailand.

Untuk berpasukan wanita, India, Macau, Pakistan dan Nepal diundi bersama skuad negara yang juga berada dalam Kumpulan B.

Sementara itu, dua beregu campuran negara iaitu Muhamad Syafiq Kamal-Aifa Azman dan Rachel Arnold-Ivan Yuen masing-masing berada dalam Kumpulan B serta Kumpulan C. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya