Sukan Asia: Hidayah sedia cipta kejutan di Hangzhou

Sukan Asia: Hidayah sedia cipta kejutan di Hangzhou

NUR Hidayah Karim (kiri) ketika beraksi bersama Jason Loo untuk meraih pingat perak Poomsae Berpasangan dalam Sukan SEA, Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet taekwondo negara, Nurul Hidayah Abdul Karim sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk berdepan cabaran di Sukan Asia Hangzhou.

Nurul Hidayah akan melangkah ke Pusat Pameran dan Kebudayaan Sukan Lin’an esok untuk bersaing dalam acara pomsae dan berharap dapat beraksi dengan baik bagi memikat juri.

“Saya sudah membuat persiapan terbaik termasuk menjalani latihan di Korea Selatan selama dua bulan. Jadi, saya rasa persiapan sekarang adalah yang terbaik dan kami bersedia.

“Saya hanya fokus kepada persembahan sendiri dan akan memberikan perhatian 100 peratus, ini (poomsae) adalah acara pertama yang akan berlangsung bagi taekwondo esok.

“Tiada sebarang tekanan dan saya hanya mahu ‘enjoy’ dan buat yang terbaik dan balas kepercayaan semua pihak kepada saya.” katanya yang layak secara merit ke Sukan Asia.

Untuk rekod, Nurul Hidayah dan Jason Loo layak untuk ke Sukan Asia kerana mempunyai prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Nurul Hidayah meraih pingat perak manakala Jason pula membawa pulang pingat gangsa pada kejohanan dunia pada tahun ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM), R. Dhanaraj memaklumkan, dua jurulatih dari Korea Selatan telah dipanggil untuk membantu atlet negara bagi meningkatkan teknik dalam kategori freestyle poomsae.

Dhanaraj berkata, persatuan terpaksa mendapatkan kepakaran Korea memandangkan atlet yang bersaing dalam poomsae perlu beraksi dalam dua kategori iaitu freestyle dan tradisional pada Sukan Asia.

“Atlet yang beraksi dalam sai­ngan poomsae perlu bertanding dalam dua acara iaitu freestyle dan tradisional. Ini bermaksud, seorang atlet akan beraksi ke­dua-dua kategori berkenaan.

“Disebabkan freestyle lebih kepada akrobatik, jadi kita jemput jurulatih khas Korea yang memang pakar dalam akrobatik. Lee Woo Jin dan Kim Jin Man dari Korea ini adalah bekas juara dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya