Skuasy mahu penuhi reputasi besar, buru emas hari ini

Skuasy mahu penuhi reputasi besar, buru emas hari ini

Pemain Malaysia (dari kiri) Aira Azman, Aifa, Rachel dan Sivasangari tidak berdepan masalah menyingkirkan Korea Selatan pada separuh akhir acara berpasukan wanita Sukan Asia di Hangzhou, China, semalam. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuasy antara sukan yang ‘berani’ meletakkan sasaran dua pingat emas dalam Sukan Asia di Hangzhou, China bersedia untuk memenuhi reputasi besar mereka apabila bertarung merebut pingat emas berpasukan wanita hari ini. 

Malaysia yang menyingkirkan Korea Selatan 2-0 pada separuh akhir semalam bagaimanapun bakal berdepan cabaran getir juara bertahan, Hong Kong yang mara selepas menundukkan India 2-1 dalam satu lagi separuh akhir.

Turun sebagai pilihan kedua, kehadiran pasukan negara kali ini ialah untuk memperbaiki pencapaian di Indonesia lima tahun lalu apabila sekadar membawa pulang pingat gangsa.

Dibarisi rata-rata pemain yang masih muda, pasukan wanita kini tampil lebih yakin melangkah ke perlawanan akhir dengan Aifa Azman menghadiahkan mata pertama buat Malaysia.

Mempamerkan aksi agresif menentang Eum Hwa Yeong, pemain berusia 21 tahun itu tidak menghadapi masalah untuk melakar kemenangan straight set 11-4, 11-1, 11-8 dalam masa 16 minit ke atas pemain senior Korea Selatan tersebut.

Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia, S. Sivasangari yang masuk ke gelanggang sejurus selepas itu mudah mengutip mata kemenangan 2-0 pasukan negara.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah berusia 24 tahun itu juga menang dalam straight set ke atas Lee Ji-hyun 11-4, 11-4, 11-5.

AIFA Azman mengutip mata pertama Malaysia ketika berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir berpasukan wanita semalam. – IHSAN SRAM

Kemenangan tersebut menyaksikan Rachel Arnold tidak perlu memerah keringat berdepan Yang Yeon Soo untuk perlawanan perseorangan ketiga.

“Untuk perlawanan akhir pula bertemu Hong Kong, esok (hari ini) Rachel akan turun terlebih dahulu menentang Lee Ka Yi, jadi, peluang Malaysia nampaknya agak baik dengan susunan ini (3-1-2).

“Kemudian, Sivasangari akan berdepan Tomato Ho yang mana pertemuan ini saya jangkakan sekali lagi berpihak kepada pemain negara, tengoklah macam mana, kita sepatutnya boleh menggalas misi ini,” kata pengurus pasukan, Nafzahizam Adnan ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Menurutnya, prestasi semasa barisan pemain Malaysia juga amat positif dan mereka bersedia untuk beraksi pada final menentang Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya