Skuasy kotakan janji raih emas buat Malaysia

Skuasy kotakan janji raih emas ketiga Malaysia di Sukan Asia

PEMAIN wanita negara menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam saingan berpasukan di Hangzhou, hari ini. - IHSAN HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuasy menunaikan janji menghadiahkan pingat emas ketiga Kontinjen Malaysia menerusi pasukan wanita negara yang menundukkan Hong Kong 2-1 dalam pertarungan sengit pada final acara berpasukan Sukan Asia di Pusat Sukan Olimpik Hanzhou, China, sebentar tadi.

Kem negara cemas seketika apabila perseorangan ketiga, Rachel Arnold yang masuk ke gelanggang terlebih dahulu tewas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Tong Tsz Wing 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11 dalam masa 57 minit.

Ketinggalan 0-1, sekali gus meninggalkan tugas berat kepada perseorangan utama Malaysia, S. Sivasangari yang perlu mencari mata bagi mengikat kedudukan.

Ternyata tanggungjawab berat itu mampu digalas pemain berpangkalan di Amerika Syarikat tersebut apabila Sivasangari hanya mengambil masa 26 minit untuk menang straight set ke atas Tomato Ho Tze Lok 11-5, 11-8, 11-6.

Aifa Azman yang membawa misi melengkapkan kemenangan Malaysia, melunaskan dengan baik amanah tersebut apabila pemain berusia 21 tahun itu menundukkan Chan Sin Yuk 11-5, 11-8, 11-13, 11-8 dalam masa 36 minit dalam masa 36 minit.

Kemenangan 2-1 ke atas seteru lama, Hong Kong, menyaksikan Malaysia memperbaiki pencapaian lima tahun lalu di Indonesia setelah sekadar membawa pulang pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya