Skuad sepak takraw minta maaf, badi 33 tahun berterusan

Skuad sepak takraw minta maaf, badi 33 tahun berterusan

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat perak sepak takraw berpasukan pada Sukan Asia di Hangzhou semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perejam negara, Azlan Alias meminta maaf kepada rakyat Malaysia selepas sepak takraw gagal melunaskan misi merampas pingat emas acara berpasukan Sukan Asia di Hangzhou semalam.

Malaysia tumpas 0-2 kepada musuh tradisi, Thailand, sekali gus menyaksikan kemarau 33 tahun gagal ditamatkan sejak kali terakhir bergelar juara di Hiroshima 1990.

Regu pertama negara, Farhan Adam, Noraizat Nordin dan Haziq Hairul Nizam tewas mudah 15-21, 14-21.

Harapan yang diletak kepada regu kedua bagi mengikat kedudukan juga tidak menjadi selepas trio negara Amirul Zazwan, Azlan Alias dan

Syahir Rosdi tumpas 13-21 di set pertama.

Di set kedua, ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun mengeluarkan Syahir dan membawa masuk Zharif Merican, namun ia juga gagal menyekat Thailand untuk menang 18-21.

PEMAIN Thailand meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia dalam perlawanan akhir sepak takraw berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2022 di Jinhua, timur Zhejiang, China semalam untuk mempertahankan pingat emas. – AFP

“Alhamdulillah kami berjaya masuk final tetapi kami minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat bawa balik pingat emas.

“Kita tahu Thailand lebih baik dan mereka memang menyasarkan emas berpasukan. Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik untuk satu lagi acara (regu),” kata Azlan.

Selepas ini sepak takraw beralih kepada misi mempertahankan pingat emas regu yang dimenangi pada temasya 2018.

Selain sebutir perak sepak takraw, kontinjen negara diceriakan dengan kejayaan Sharul Aimy Kamaru Hisam meraih gangsa acara melombol, menjadikannya gimnas artistik pertama Malaysia meraih pingat Sukan Asia dalam tempoh 17 tahun.

Hari ini, tumpuan terarah kepada Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri menjadi sandaran memburu pingat terjun 10 meter (m) platform seirama wanita.

Dalam perlawanan skuasy berpasukan wanita, Malaysia akan bertemu Hong Kong untuk merebut pingat emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya