Skuad Manchester United paling mahal di dunia

Skuad Manchester United paling mahal di dunia

MANCHESTER United mengumpulkan pasukan paling mahal di dunia untuk musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Barisan pemain yang dihimpunkan Manchester ­Uni­ted (MU) musim ini menjadikan mereka skuad paling mahal di dunia dalam sejarah, mengatasi Chelsea dan Manchester City, menurut penyelidikan dari CIES Football Observatory.

Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan Red Devils membelanjakan 989 juta pound (RM5.78 bilion) untuk skuad terkini, dengan 400 juta pound (RM2.34 bilion) bagi membayar yuran perpindahan sejak diambil alih oleh Erik ten Hag, Mei lalu.

Semua kiraaan itu merangkumi bayaran tambahan tanpa mengira kesan dan akibat.

Pengurus kelahiran Belanda, Ten Hag menandatangani ­Casemiro, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia sebaik sahaja tiba di Old Trafford dengan per­belanjaan melebihi 120 juta pound (RM701 juta).

 

Dia juga turut membeli Antony dengan nilai 85 juta pound (RM497 juta), menjadikan pemain sayap Brazil itu sebagai ketiga termahal dalam sejarah United selepas Paul Pogba dan Romelu Lukaku.

Musim panas ini, United membelanjakan 72 juta pound (RM421 juta) untuk Rasmus Hojlund dan menandatangani Mason Mount dari Chelsea dengan 60 juta pound (RM350 juta). Andre Onana pula tiba di Old Trafford dari Inter Milan dengan harga 47 juta pound (RM274 juta).

Blues berada di belakang ­United dengan perbelanjaan 975 juta pound (RM5.71 bilion) sejak pemilik baharunya, Todd Boehly dan Clearlake Capital mengambil alih kelab itu daripada Roman Abramovich, 18 bulan lalu.

Bulan lalu, Chelsea mem­belanjakan 115 juta pound (RM672 juta) untuk Moises Caicedo dari Brighton, sekali gus memecah rekod 105 juta pound (RM614 juta) ketika membeli Enzo Fernandez pada Januari.

City berada di tangga ketiga selepas membelanjakan 900 juta pound (RM5.26 bilion), hanya kurang satu perempat daripada jumlah itu dilaburkan untuk empat pemain, Josko Gvardiol, Matheus Nunes, jeremy Doku dan Mateo Kovacic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya