PETALING JAYA: Skuad sukan elektronik (e-sukan) negara hadir ke Sukan Asia Hangzhou tanpa harapan tinggi namun, mereka mengenetepikan tanggapan itu selepas pingat perak atau emas sudah berada dalam genggaman.
Pasukan Arena of Valor (AOV) negara bakal mencipta sejarah sebagai pemenang pingat pertama Malaysia bagi e-sukan di pentas Sukan Asia apabila mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 2-0 di pentas separuh akhir sebentar tadi.
Dalam aksi di Pusat E-sukan Hangzhou itu, skuad negara diwakili oleh enam pemain iaitu Lai Chia Chien, Nicholas Ng Khai Shuan, Ong Jun Yang, Eng Jun Hao, Yong Zhan Quan dan Chong Han Hui.
Pada final esok, Malaysia bertemu pemenang aksi separuh akhir antara tuan rumah China dan Thailand.-UTUSAN ONLINE