PETALING JAYA: Impian skuad bola sepak wanita negara untuk melangkah ke final di Women’s International Friendly 2023 tidak kesampaian apabila tumpas kepada Lubnan di separuh akhir.
Dalam aksi awal pagi ini itu, skuad kendalian Soleen Al-Zoubi beraksi dengan baik namun, terpaksa akur tewas menerusi penentuan sepakan penalti.
Anak-anak buah Soleen berjaya menyerap tekanan dan bermain dengan baik namun, ketumpulan jentera serangan menyebabkan mereka buntu untuk mencari gol.
Kehandalan penjaga gol negara, Nurul Azurin Mazlan yang mengawal benteng terakhir banyak menyelamatkan beberapa serangan berbahaya Lubnan di kedua-dua babak.
Selepas terikat 0-0 pada masa sebenar, perlawanan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit dan seterus pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada Lubnan 4-3.
Skuan Malayan Tigress berpeluang untuk mengubat kekecewaan pada perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat pada 30 September ini.-UTUSAN ONLINE