Sivasangari lepasi halangan pusingan pertama di Qatar

Sivasangari lepasi halangan pusingan pertama di Qatar

SIVASANGARI (kiri) sewaktu beraksi menentang Sana Ibrahim pada pusingan pertama Kejohanan Skuasy Qatar Klasik di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa, Qatar, hari ini. - Ihsan FB PSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, S. Sivasangari memulakan langkahnya dengan kemenangan pada Kejohanan Skuasy Qatar Klasik di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa, Qatar, hari ini.

Tampil pada kejohanan bertaraf PSA (Persatuan Skuasy Profesional) Platinum itu, Sivasangari melakar kemenangan straight set ke atas Sana Ibrahim dari Mesir 11-6, 12-10, 11-7 dalam masa 34 minit.

Esok, pemain berusia 25 tahun itu bakal berdepan lawan yang lebih mencabar apabila dia dijadual menentang pilihan ke-9/16, Olivia Clyne dari Amerika Syarikat.

Ketika ditemu bual selepas perlawanan, Sivasangari berkata, dia berasa agak gementar berdepan dengan pencabar dari Mesir itu.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi agak gementar ketika di awal permainan.

“Namun, selepas perlawanan berjalan dengan lancar saya mula berasa selesa dan mendapatkan rentak,” katanya.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mengakui mencatat kemenangan 3-0 ke atas Sana memberi suntikan semangat untuknya mempamerkan aksi yang lebih baik.

Sivasangari yang merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy Tuanku Muhriz di Seremban, Negeri Sembilan, bulan lalu, memberitahu, walaupun pertandingan itu memiliki status yang lebih rendah, tetapi kemenangan yang dilakar mampu membakar semangatnya memulakan aksi musim ini dengan keputusan lebih positif.

“Kejohanan yang saya sertai di tanah air sendiri bukanlah satu pertandingan besar, tetapi sekurang-kurangnya saya memulakan musim ini dengan kejayaan merangkul gelaran,” ujarnya.

Turut beraksi pada kejohanan itu ialah perseorangan lelaki utama negara, Ng Eain Yow yang akan turun ke gelanggang, esok, manakala, pemain veteran Low Wee Wern beraksi di atas tiket ‘wild card’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya