Singkir Alcaraz, Medvedev jumpa Djokovic dalam final Terbuka AS

Singkir Alcaraz, Medvedev jumpa Djokovic dalam final Terbuka AS

Daniil Medvedev menewaskan Carlos Alcaraz untuk mara ke final Terbuka Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Daniil Medvedev mengejutkan pemain No. 1 dunia, Carlos Alcaraz dalam pertarungan sengit empat set untuk menempah pertemuan dengan bintang Serbia, Novak Djokovic dalam final tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pilihan tiga dari Russia itu berdepan kebangkitan yang cuba dilakukan Alcaraz sebelum menang 7-6, 6-1, 3-6, 6-3 pada separuh akhir sebentar tadi.

Medvedev segera meletakkan jarinya di telinga sejurus menyingkirkan penyandang juara itu.

Kini, dia mempunyai peluang sekali lagi untuk menghancurkan impian Djokovic daripada menjuarai Terbuka AS buat kali keempat.

Medvedev, 27, mengecewakan bintang Serbia itu ketika memenangi gelaran Grand Slam pertamanya pada Terbuka AS 2021.

Kemenangan itu juga memusnahkan hasrat Djokovic untuk menjadi pemain pertama melengkapkan empat gelaran Grand Slam pada tahun yang sama sejak Rod Laver pada 1969.

“Untuk menewaskannya, anda perlu menjadi lebih baik daripada diri sendiri dan malam ini saya melakukannya,” kata Medvedev ketika ditemu bual di gelanggang.

Walaupun penonton di Stadium Arthur Ashe bersorak untuk Alcaraz, namun Medvedev berkata, peminat sangat ‘luar biasa’, namun mereka ‘boleh tidur sekarang.’

Pemilik 23 gelaran Grand Slam, Djokovic memenangi sembilan daripada 14 pertemuan dengan Medvedev.

Medvedev memenangi pertemuan terakhir mereka 6-4, 6-4 pada kejohanan di Dubai, Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya