Sharul Aimy lakar kejutan raih gangsa

Sharul Aimy lakar kejutan raih gangsa

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam meraih gangsa dalam acara melombol di Sukan Asia Hangzhou 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam melakar kejutan apabila meraih gangsa dalam acara melombol di Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

Sharul Aimy meraih 14.466 mata dalam aksi final untuk meraih gangsa manakala emas menjadi milik atlet dari Jepun, Wataru Tanigawa dengan 15.016 mata dan perak milik Iran, Mahdi Olfat (14.783).

Terdahulu, Sharul Aimy layak ke pusingan akhir apabila menamatkan saingan kelayakan di kedudukan keenam daripada 16 peserta selepas mengutip 14.216 mata secara keseluruhan.

Kali terakhir skuad gimnastik negara merangkul pingat adalah menerusi Ng Shu Wai yang meraih perak ketika temasya Sukan Asia Doha 2006 dalam acara yang sama.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya