Shah Firdaus menang pingat gangsa kedua

Shah Firdaus menang pingat gangsa kedua

MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom gagal menyerlah pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Hong Kong, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Shah Firdaus Sahrom menutup kempen Sukan Asia 2022 dengan menyumbang pingat gangsa kedua pada hari terakhir pertandingan berbasikal trek di Velodrom Sukan Chun’an Jieshou, Hangzhou hari ini.

Shah Firdaus menamatkan perlumbaan akhir keirin di tangga ketiga di belakang pelumba Korea Selatan, Kang Seo-jun, manakala Zhou Yu membawa kegembiraan kepada tuan rumah dengan meraih emas.

Pelumba berusia 27 tahun itu yang meraih gangsa dalam acara pecut lelaki semalam, mempamer prestasi baik sepanjang perlumbaan dengan memenangi pusingan pertama untuk mara terus ke separuh akhir.

Dia kemudian mengatasi Zhou Yu dan Seo-jun di separuh akhir, manakala satu lagi saingan separuh akhir dimenangi Shinji Nakano dari Jepun, diikuti Andrey Chugay dari Kazakhstan dan pelumba China, Liu Qi.

Tiga pelumba basikal terbaik dari dua saringan separuh akhir mara ke final, dan Shah Firdaus terpaksa akur dengan kehebatan Zhou Yu serta Seo-jun pada penentuan pingat.

Terdahulu, cabaran Mohd. Fadhil Zonis yang disenaraikan pada saat akhir dalam acara keirin bagi menggantikan bekas juara dunia, Datuk Azizulhasni Awang tersingkir di separuh akhir.

Skuad berbasikal trek negara menutup saingan di Hangzhou dengan merangkul empat pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya