Sepak takraw terus kempunan, raih perak acara berpasukan

Sepak takraw terus kempunan, raih perak acara berpasukan

NORAIZAT Nordin cuba melakukan hadangan ketika aksi final berpasukan Malaysia menentang Thailand sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi skuad sepak takraw untuk merampas emas Thailand dalam acara berpasukan di Sukan Asia nampaknya tertangguh lagi apabila skuad negara tumpas 2-0 di pentas final hari ini.

Kekalahan itu juga menyaksikan kemarau 33 tahun pingat emas dalam acara itu gagal ditamatkan selepas kali terakhir Malaysia meraih emas ialah ketika edisi 1990 semasa Jepun menjadi tuan rumah.

Dalam perlawanan akhir itu, regu pertama negara yang dibarisi Farhan Adam, Noraizat Nordin dan Haziq Hairul Nizam ternyata bukan lawan trio Thailand apabila mereka tewas straight set 15-21, 14-21.

Harapan menggunung yang diletakkan kepada regu kedua bagi mengikat kedudukan juga tidak menjadi kenyataan selepas trio negara Amirul Zazwan, Azlan Alias dan Syahir Rosdi tumpas 13-21pada set pertama.

Pada set kedua, ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun mengeluarkan Syahir dan menggantikannya dengan Zharif Merican namun, percaturan itu juga gagal menyekat Thailand untuk menang 18-21

Selepas ini, skuad sepak takraw beralih kepada misi untuk mempertahankan pingat emas dalam acara regu yang dimenangi mereka pada edisi 2018 di Jakarta/Palembang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya