Samoa, Jepun galas misi wajib menang

Samoa, Jepun galas misi wajib menang

PEMAIN Jepun menjalani latihan di Stadium Ernest-Wallon, Toulouse semalam dalam persiapan menghadapi Samoa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOULOUSE, Perancis: Samoa dan Jepun amat terdesak untuk memburu kemenangan apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi ketiga Kumpulan D esok bagi menghidupkan peluang mara ke suku akhir Ragbi Piala Dunia.

Samoa dan Jepun terikat dengan lima mata selepas mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan dalam dua aksi pertama.

Samoa yang dibimbing Seilala Mapusua tunduk 10-19 kepada Argentina Jumaat lalu, ­justeru mereka tiada pilihan lain selain menang jika mahu mara ke ­peringkat seterusnya.

Jepun pula kalah 12-34 kepada England pada 17 September lalu selepas menewaskan Chile 42-12 dalam aksi pertama.

“Apa yang saya bawa adalah tenaga dan fizikal. Semua orang tahu cara saya bermain.

“Saya berjaya menghadapi cabaran besar dan cara untuk keluar di hadapan orang ramai. Saya akan lakukan perkara yang baik (untuk kami) dan kami juga bernasib baik memiliki seseorang seperti Steven Luatua berpengalaman luas,” kata ­pemain sayap Samoa, Jordan Taufua.

SAMOA perlu mengalahkan Jepun hari ini jika mahu menghidupkan peluang untuk melangkah ke suku akhir.

D’Angelo Leuila pula akan bergandingan semula dengan Tumua Manu di bahagian tengah, iaitu kali pertama mereka digandingkan semula sejak Julai, tahun lalu.

Jepun juga akan melakukan beberapa rombakan di setiap posisi selepas kekalahan kepada England.

Pemain sayap, Lomano Lemeki dijangka terus mendapat kepercayaan jurulatih, Jamie Joseph untuk diturun­kan dalam skuad utama selepas mempamerkan aksi terbaik ­ketika menggantikan Tomoki Osada pada aksi menentang England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya