Ragbi Piala Dunia: All Blacks bedil Itali 96-17

Ragbi Piala Dunia: All Blacks bedil Itali 96-17

PEMAIN New Zealand, Ardie Savea cuba melakukan try ketika menentang Itali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON, Perancis: Juara tiga kali, New Zealand melaungkan amaran sedia merampas kejuaraan Ragbi Piala Dunia 2023 selepas membedil Itali 96-17 dalam aksi Kumpulan A awal pagi tadi.

Dalam perlawanan di Stadium OL itu, All Blacks memperoleh 14 try, sekali gus mengorak langkah besar untuk mara ke suku akhir.

New Zealand ternyata unggul secara fizikal, malah lebih klinikal di garisan untuk menghidu peluang melakukan try.

Pemain scrumhalf, Aaron Smith mencatat hatrik pada babak pertama, manakala Ardie Savea tidak menunjukkan keletihan ketika mengasak lawan, dan meraih mata bonus menerusi try pertama di minit ke-22.

Permainan yang ditunjukkan New Zealand jauh berbeza berbanding ketika dikejutkan 27-13 oleh tuan rumah, Perancis dalam aksi pembukaan atau ketika membelasah Namibia 71-3 dalam perlawanan kedua.

“Kami mempunyai ramai bakat skuad ini. Kami sebenarnya tidak benar-benar ‘klik’ tetapi malam ini, pemain bermain secara bebas.

“Itulah cara yang saya mahukan daripada pemain-pemain kami. Sungguh berbangga malam ini,” kata Savea.

New Zealand naik ke tangga kedua Kumpulan A dengan 10 mata, tiga mata di belakang pendahulu kumpulan, Perancis yang akan menentang Itali, Jumaat depan, sehari selepas All Blacks berdepan Uruguay. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya