Ragbi bukan sukan 'cap parang' - Dugro

Ragbi bukan sukan ‘cap parang’ – Dugro

K. Dinesvaran (tengah) kecewa dengan pihak memperkecilkan minat pelajar sekolah yang mahu menceburi sukan ragbi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang ragbi negara, K. Dinesvaran meluahkan kekesalan terhadap seorang guru yang melabel murid-murid sekolah yang mempunyai cita-cita bermain ragbi akan membesar menjadi ‘pemandu lori atau tukang angkat barang’.

Ia selepas seorang di guru di sebuah sekolah di utara tanah air mengeluarkan kata-kata negatif terhadap pelajar sekolah tersebut dengan melarang mereka tinggal di asrama jika memilih untuk bermain ragbi

“Main ragbi tidak ada masa depan, siapa main ragbi hanya layak untuk menjadi pemandu lori dan kerja angkat barang sahaja.

“Nak duduk asrama, keluar ragbi. Nak main ragbi, jangan duduk asrama,” kata guru ber­kenaan dalam kenyataan yang mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan komuniti ragbi.

Dinesvaran atau mesra disapa Dugro menyangkal kenya­taan guru tersebut sambil menjelaskan kebanyakan pelajar yang terlibat dalam ragbi mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Pemain kelahiran Kedah itu pernah berkelana di Jepun selama lapan tahun beraksi dengan dua kelab berbeza iaitu Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dalam Liga Ragbi Jepun sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

“Saya tidak marah cuma kecewa dengan kata-kata cikgu itu, kerana sekarang tidak banyak budak mahu terlibat dengan aktiviti luar kerana mereka lebih cenderung duduk di rumah bermain permainan video.

“Bagi saya sebagai cikgu, mereka harus memberikan kata-kata sokongan jika pelajar menunjukkan minat untuk terlibat dengan sukan.

“Malahan saya dan rakan rakan sepasukan dalam kem kebangsaan sendiri pernah me­ngalaminya, sampai ada yang merasakan kalau wakili Malaysia dalam ragbi dapat apa?

“Jadi saya dalam proses ­untuk memulakan klinik ragbi di peringkat akar umbi dan dalam perbincangan dengan pihak pertubuhan ChildFund Rugby untuk mereka ke Malaysia memperkenalkan sukan untuk kanak-kanak di negara yang tidak pernah bermain ragbi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tegas Dugro, banyak faedah yang diperoleh kanak-kanak daripada permainan ragbi, ­terutama menjadikan mereka lebih berdisiplin.

“Jangan jatuhkan sema­ngat kesukanan mereka.

“Kalau budak Sungai Petani boleh sampai ke Chicago hanya bermain ragbi yang lain pun boleh juga dengan memilih sukan ini,” kata Dugro yang merujuk kepada dirinya yang berkelana ke AS untuk bermain ragbi.

Dalam masa sama, ­Dugro menjelaskan dia kini sudah pulang ke tanah air untuk membantu skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi Piala Agong yang akan bermula 23 September depan.

PDRM pernah muncul juara saingan ini sebanyak tiga kali dengan kali terakhir adalah pada 1991.

“Sekarang saya dah pulang ke Malaysia kerana kontrak saya bersama Chicago sudah tamat, jadi sekarang fokus bersama PDRM dan mungkin saya akan beraksi dengan mereka untuk saingan Piala Agong tahun ini,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya