PETALING JAYA: Jaguh ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Asia Hangzhou menerusi acara dressage individu, sebentar tadi.
Qabil Ambak meraih emas selepas mengutip 75.780 mata, sekali gus memperbaiki pencapaian pada edisi 2018 yang berlangsung di Jakarta/Palembang yang ketika itu dia meraih perak.
Pingat perak dalam acara itu dimenangi oleh atlet Hong Kong, Jacqueline Wing Ying, manakala pingat gangsa milik wakil India, Agarwalla Anush- UTUSAN ONLINE