Pogba digantung sementara angkara positif bahan telarang

Pogba digantung sementara angkara positif bahan telarang

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Pemain tengah Juventus, Paul Pogba digantung sementara selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang, umum kelab Serie A itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tribunal anti-doping Itali, Nado mendedahkan pemain berusia 30 tahun itu diuji positif testosteron selepas kemenangan 3-0 Juventus ke atas Udinese pada hari pembukaan musim ini, 21 Ogos lalu.

Pogba tidak beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi dipilih untuk menjalani ujian rawak selepas itu.

Menurut Nado, Pogba digantung sementara berkuat kuasa serta-merta. Dia dilaporkan boleh digantung sehingga empat tahun.

Pogba hanya membuat dua penampilan untuk Juventus musim ini, kedua-duanya dari bangku simpanan.

Kepulangannya ke Juventus penuh dengan kesukaran akibat berdepan kecederaan dan isu luar. Pemenang Piala Dunia 2018 itu hanya beraksi enam kali dalam Serie A musim lalu.

Dia menyertai kelab Itali itu untuk tempoh kedua pada Julai 2022 selepas meninggalkan Manchester United sebagai ejen bebas.

Selain menghadapi masalah kecederaan, Pogba didakwa menjadi sasaran plot pemerasan 11.3 juta pound (RM66.08 juta)
oleh abangnya Mathias dan rakan-rakan zaman kanak-kanak.

Pogba berkata insiden itu membuatkan dia mempertimbangkan untuk meninggalkan bola sepak.

“Wang mengubah orang… ia boleh memecah belahkan keluarga.

“Ia boleh mencetuskan peperangan. Kadang-kadang saya hanya berfikir: ‘Saya tidak mahu mempunyai wang lagi. Saya tidak mahu bermain lagi. Saya hanya mahu bersama orang biasa, jadi mereka akan menyayangi saya. bagi saya – bukan untuk kemasyhuran, bukan untuk wang.’

“Kadang-kadang ia sukar,” katanya kepada Al Jazeera dalam temu bual yang dikeluarkan beberapa jam sebelum berita larangan sementara itu diketahui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya