Penonton tenis Terbuka AS 'dihalau' keluar nyanyi lagu Hitler

Penonton tenis Terbuka AS ‘dihalau’ keluar nyanyi lagu Hitler

REAKSI pemain Jerman, Alexander Zverev ketika menentang Jannik Sinner dari Itali pada pusingan keempat Terbuka AS di New York hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang peminat dihalau keluar daripada perlawanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas bintang Jerman, Alexander Zverev mengadu mereka ‘menyanyikan lagu Hitler’.

Insiden itu berlaku pada pusingan keempat hari ini, di mana Zverev menghentikan permainan ketika menentang Jannik Sinner dari Itali, dan menghampiri pengadil, James Keothavong sebelum membuat servis.

Zverev menunjuk ke arah peminat di tempat duduk dan memberitahu Keothavong: “Dia baru sahaja menyayikan frasa Hitler paling terkenal di dunia. Ia tidak boleh diterima.”

Keothavong kemudian meminta peminat tersebut memperkenalkan diri tetapi tiada siapa yang tampil, sebelum dia memberitahu semua  penonton menggesa mereka supaya menghormati pemain.

Tidak lama selepas itu, peminat yang dimaksudkan berjaya dikenal pasti oleh peminat lain dan pihak keselamatan telah mengeluarkannya dari Stadium Arthur Ashe.

Alexander Zverev (kanan) bersalaman dengan Jannik Sinner selepas tamat perlawanan di Pusat Tenis  Nasional Billie Jean King USTA, New York hari ini. – AFP

“Satu kenyataan menghina telah ditujukan kepada Alexander Zverev. Peminat itu dikenal pasti dan diiringi keluar dari stadium,” kata jurucakap Persatuan Tenis Amerika Syarikat, Chris Widmaier.

Zverev akhirnya menewaskan Sinner 6-4, 3-6, 6-2, 4-6, 6-4 untuk menempah pertemuan dengan pemain No. 1 dunia yang juga juara bertahan, Carlos Alcaraz pada suku akhir.

Bercakap selepas perlawanan, Zverev menjelaskan: “Dia (penonton) mula menyanyikan lagu kebangsaan Hitler pada zaman dahulu.

“Dia menyanyi ‘Deutschland uber alles‘ dan ia agak berlebihan.Saya tidak kisah, malah saya suka apabila peminat bersuara, saya suka apabila peminat beremosi.

“Tetapi saya fikir, sebagai seorang rakyat Jerman dan tidak begitu berbangga dengan sejarah itu, ia bukan perkara yang bagus untuk dilakukan.  Saya fikir dia duduk di barisan hadapan dan ramai yang mendengarnya,” kata Zverev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya