Pelumba TSG ungguli Tour Gateh D'Tranung

Pelumba TSG ungguli Tour Gateh D’Tranung

PASUKAN Terengganu Polygon Cycling Team mengungguli perlumbaan Tour Gateh D'Tranung 2023 di Kuala Terengganu semalam. - IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Aiman Mohd. Zariff menepati ramalan muncul juara keseluruhan Jelajah Terengganu atau Tour Gateh D’Tranung 2023.

Pelumba berusia 26 tahun itu memenangi jersi biru selepas lima peringkat perlumbaan yang berakhir dengan acara kriterium di Jambatan Angkat semalam, dengan masa keseluruhan 15 jam 49 saat (s).

Lebih manis lagi buat pelumba handalan negara itu apabila dia turut bergelar pemenang jersi polka dot atau raja bukit Tour Gateh D’Tranung selepas mengutip 14 mata keseluruhan

Menurut Nur Aiman, kejayaan itu merupakan tonik terbaik buat dirinya dan TSG menjelang kejohanan perlumbaan lebih berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan bermula dua minggu dari sekarang.

Katanya, dia optimis dapat mengekalkan kayuhan terbaik selepas turut cemerlang membantu TSG muncul pasukan terbaik Jelajah Iran yang berstatus 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), hujung bulan lalu.

“Tour Gateh D’Tranung menjadi persiapan ideal sebelum ke LTdL memandangkan saya juga masih dalam usaha menyesuaikan diri selepas mengerah kudrat dalam perlumbaan beraltitud tinggi dan cuaca mencabar di Iran.

“Saya berpuas hati dengan prestasi semasa dan akan cuba memberikan yang terbaik kepada TSG untuk baik saingan perlumbaan musim ini.

“Walaupun sukar, saya menyasarkan untuk mempertahankan gelaran raja bukit dan memburu sekurang-kurangnya satu kedudukan podium pada LTdL,” katanya ketika ditemui selepas peringkat kelima Tour Gateh D’Tranung, malam tadi.

Dalam acara kriterium sejauh 45 kilometer itu, pelumba muda Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Azim Aliyas muncul pemenang dengan catatan masa 0:57:21s manakala Nur Aiman di tempat kelapan dengan masa 0:57:23s.

Keputusan itu bagaimanapun sudah memadai buat Nur Aiman yang memenangi peringkat pertama Tour Gateh D’Tranung dari Pantai Kekabu, Marang ke Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman pada Isnin lalu.

Jersi hijau atau raja pecut kejohanan itu pula dimenangi pelumba TSS Cycling Club, Muhammad Nur Aiman Rosli dengan 42 mata keseluruhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya