Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir

Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir

PEARLY TAN-M. THINAAH. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamer kebangkitan hebat untuk melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Hong Kong hari ini.

Pasangan No. 11 dunia itu bangkit daripada ketinggalan 15-21 di set ppertama dan 15-18 di set penentuan ketika mengetepikan pilihan keempat dari Thailand, Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kittitharakul. 15-21, 21-14, 21-19.

Kemenangan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod 100 peratus ke atas Rawinda-Jongkolphan dalam lima pertemuan mereka.

Peluang mereka untuk memburu tiket ke perlawanan akhir tampak lebih baik selepas tidak perlu menentang juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada separuh akhir esok.

Matsumoto-Nagahara, pilihan pertama kejohanan menjadi mangsa kejutan terbesar apabila tewas kepada pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-17, 23-25, 14-21.

Sementara itu, cabaran beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir selepas tumpas kepada pilihan kelapan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin 19-21, 18-21.

Tiga lagi wakil negara, Ng Tze Yong (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran) akan turun sebenar lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya