Pasukan Lee Zii Jia nafi perlekehkan media Malaysia di Hangzhou

Pasukan Lee Zii Jia nafi perlekehkan media Malaysia di Hangzhou

LEE Zii Jia mempunyai perancangan sendiri dalam mengatur perjalanan kariernya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mempertahankan perseorangan profesional negara itu ekoran kontroversi yang timbul di zon temu bual (mixed zon) Sukan Asia Hangzhou sejurus selepas kekalahannya kepada Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki semalam.

Pemain No. 16 dunia itu menafikan sengaja menamatkan temu bual lebih awal sejurus selepas kekalahan 1-3 Malaysia kepada Korea Selatan pada pusingan pertama.

Kontroversi dikatakan berlaku apabila Zii Jia yang sedang ditemu bual oleh pemberita ekoran kekalahannya kepada Jeon Hyeok Jin tiba-tiba meninggalkan media.

Team LZJ menafikan dakwaan bahawa bekas juara All England itu sengaja menamatkan temu bual, sebaliknya dia terpaksa menghentikannya kerana mematuhi had masa antara satu setengah hingga dua minit yang ditetapkan oleh penganjur Sukan Asia.

“Dengan penuh rasa kecewa, Team LZJ merasakan keperluan untuk menjelaskan laporan yang dibuat oleh beberapa media Malaysia.

“Laporan itu mendakwa Team LZJ dan Lee Zii Jia sendiri mencipta kontroversi dengan memendekkan wawancara selepas tamat perlawanan bersama pasukan Malaysia di Hangzhou pada Khamis, 28 September 2023.

“Team LZJ tidak sekali-kali akan bertindak begitu. Apa yang berlaku di zon campuran adalah di bawah bidang kuasa penganjur Sukan Asia,” kata Team LZJ dalam satu kenyataan hari ini.

https://x.com/TeamLZJ/status/1707637737128652997?s=20

Pasukan LZJ menyuarakan kekecewaan mereka terhadap laporan tersebut dan mendakwa, media telah mencemarkan nama baik bekas juara pemain No. 2 dunia itu.

“Team LZJ, termasuk Lee Zii Jia, sentiasa memandang tinggi media Malaysia, mengiktiraf peranan penting mereka dalam membentuk Lee Zii Jia secara peribadi dan dalam kerjayanya sebagai atlet.

“Team LZJ sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menampung keperluan media tanah air, dan kami tidak pernah mengelak daripada menawarkan perspektif mengenai persembahan, walaupun keadaan tidak memihak kepada kami.

“Kami secara terbuka menerima kritikan mengenai persembahan kami, kerana ia adalah sebahagian daripada penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi.

“Bagaimanapun, pada ketika ini, kami merasakan bahawa kami telah mengalami pembunuhan watak yang tidak wajar dalam laporan mengenai Lee Zii Jia,” kata kenyataan itu.

Dalam insiden di zon campuran Gimnasium Binjiang semalam, Zii Jia sedang menjawab soalan pemberita apabila seorang pegawai tiba-tiba menghentikan wawancara. Dan dia dkemudian ibawa pergi, meninggalkan wartawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya