Mikel Arteta anggap biasa gantikan Ramsdale dengan David Raya

Mikel Arteta anggap biasa gantikan Ramsdale dengan David Raya

arteta
ARSENAL menurunkan David Raya sebagai penjaga gol utama menggantikan Aaron Ramsdale pada perlawanan menentang Everton Ahad lalu. Gunners menang 1-0. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta anggap perkara biasa menggantikan penjaga gol England, Aaron Ramsdale dengan David Raya ketika mereka menentang Everton pada Ahad.

Raya, yang menyertai Arsenal secara pinjaman dari Brentford, memulakan penampilan sulungnya di Liga Perdana untuk Gunners menang 1-0.

Ramsdale bermain dalam kesemua 38 perlawanan liga bagi The Gunners musim lalu.

“Rasional yang sama bagi Fabio [Vieira] bermain di sini atau Eddie [Nketiah] bermain dan bukannya Gabriel Jesus,” kata Arteta.

“Tidak ada persoalan mengapa Gabriel Jesus tidak bermain kesebelasan utama sedangkan dia memenangi lebih banyak trofi berbanding orang lain termasuk saya.

“Saya tidak boleh mempunyai dua pemain seperti ini dalam satu posisi tetapi tidak menurunkan mereka. David mempunyai kualiti yang luar biasa seperti Aaron, seperti Karl [Hein], maka kami perlu menggunakannya.”

Arsenal akan membuat penampilan pertama dalam Liga Juara-Juara sejak musim 2016-17 menentang PSV Eindhoven pada hari Rabu sebelum menentang Tottenham dalam perlawanan derbi utara London, Ahad.

Arteta berkata, dia akan terus menggilirkan Ramsdale dan Raya. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya