MISANO ADRIATICO: Jorge Martin memecah rekod pusingan dua kali untuk menyambar petak pertama Grand Prix (GP) San Marino di Misano Adriatico hari ini, ketika pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia yang baru pulih daripada kemalangan minggu lalu turut mengesahkan tempat di barisan hadapan.
Pelumba Pramac Racing dari Sepanyol itu mencatat masa satu minit 30.832 saat (s) untuk memperbaiki rekod yang dilakukan Bezzecchi pada sesi latihan semalam.
Dia kemudian mencatat masa lebih pantas, 1:30.390s untuk memadam rekodnya sendiri.
“Ia satu pusingan yang hebat, hujung minggu yang hebat secara keseluruhan. Saya agak bimbang tentang hari ini.
“Tetapi kemudian saya melakukan segala-galanya, saya membrek dengan sangat berat di beberapa selekoh. Saya mengambil banyak risiko untuk mengambil petak pertama, saya sangat berbangga dengan pasukan saya dan diri sendiri,” kata Martin.
Bezzecchi yang mengalami kecederaan pergelangan tangan, meneruskan rentak baiknya semalam untuk menduduki tempat kedua, manakala juara dunia MotoGP Ducati, Francesco Bagnaia yang kakinya berakhir di tempat ketiga.