PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan tiket ke Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tuan rumah kejohanan, Oman turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung.
Pasukan negara tumpas 4-10 kepada India pada separuh akhir Piala Asia di Salalah, sebentar tadi dan akan berdepan tuan rumah, Oman pada pukul 9 malam ini untuk merebut tempat ketiga.
Begitupun, kekalahan tersebut tidak menjejaskan Malaysia untuk beraksi dalam Piala Dunia yang akan berlangsung di Muscat, Oman dari 24 hingga 31 Januari 2024.
Itu bermakna, pasukan negara akan mengiringi India dan Pakistan ke kejohanan itu selaku wakil Asia, manakala Oman beraksi atas tiket tuan rumah. – UTUSAN ONLINE