Malaysia berdepan India separuh akhir skuasy berpasukan lelaki

Malaysia berdepan India pada separuh akhir skuasy berpasukan lelaki

BARISAN pemain Malaysia, (dari kanan) Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar, Syafiq, Ivan dan Eain Yow menundukkan Hong Kong 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B pada Sukan Asia di Hangzhou, China, hari ini. -Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia menundukkan Hong Kong dalam aksi terakhir Kumpulan B, hari ini, menyaksikan pasukan skuasy lelaki negara bakal berdepan India pada separuh akhir Sukan Asia di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China, esok.

Memegang status selaku pilihan kedua, skuad bimbingan Ajaz Azmat dan Andrew Cross itu beraksi cemerlang apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas pilihan ketiga, Hong Kong.

Malaysia yang pada awalnya mahu mengelak berdepan India pada peringkat empat terbaik, bagaimanapun, tidak mampu berbuat demikian apabila pilihan pertama itu tewas mengejut kepada Pakistan 1-2, semalam.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, hari ini, Ng Eain Yow yang diletakkan sebagai perseorangan pertama tidak berdepan masalah menewaskan Henry Leung 11-4, 11-3, 12-10 dalam masa 31 minit.

Bagaimanapun, rentak cemerlang pemain No. 19 dunia itu, gagal diteruskan oleh Ivan Yuen yang tewas kepada Tang Ming Hong 6-11, 11-5, 11-7, 4-11, 3-11 dalam masa 51 minit.

Kekalahan Ivan membuka laluan kepada Hong Kong mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Namun, Mohamad Syafiq Kamal yang masuk ke gelanggang sebagai perseorangan ketiga tidak menghampakan apabila dia mempamerkan permainan cemerlang untuk mengalahkan Wong Chi Him 3-11, 12-10, 11-8, 11-9.

Pada separuh akhir, esok, beraksi menentang India, barisan pemain negara tidak boleh cuai atau melakukan sebarang kesilapan mudah jika berhajat untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya di Indonesia, lima tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya