Liverpool tidak boleh bereksperimen jumpa West Ham

Liverpool tidak boleh bereksperimen jumpa West Ham

LIVERPOOL akan mempertaruhkan skuad terbaiknya apabila menerima kunjungan West Ham di Anfield hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas melakukan 11 pertukaran dalam skuad yang menumpaskan LASK 3-1 pada saingan Liga Europa kelmarin, Liverpool tidak akan melakukan sebarang eksperimen apabila menerima kunjungan West Ham hari ini.

Reds memerlukan barisan terbaik untuk mengelkalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memastikan misi merampas kejuaraan kekal di landasan terbaik.

Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai, Alexis Mac Allister, Cody Gakpo, Andrew Robertson, Diogo Jota, malah penjaga gol, Alisson antara bintang yang direhatkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dalam perlawanan itu.

Klopp sebaliknya memberi kepercayaan kepada penyerang 17 tahun, Ben Doak untuk memperkuatkan pasukan bersama remaja berusia 18 tahun, Stefan Bajcetic dan pemain baru mereka, Ryan Gravenberch.

Klopp mengakui, West Ham yang menghuni tangga keenam liga dengan tiga kemenangan daripada lima perlawanan adalah lawan yang kuat dan memerlukan mereka membariskan barisan terbaik.

BEN Doak diturunkan dalam kesebelasan utama menentang LASK kelmarin.

“Terdapat banyak lawan yang sangat kuat (dalam Liga Perdana), West Ham salah satu daripadanya.

“Saya gembira untuk (David) Moyes, dia benar-benar membina pasukan itu selama beberapa tahun. Walaupun kehilangan (Declan) Rice, mereka kelihatan sangat bagus.

“Dengan semua pemain lain yang mereka miliki, ia kelihatan sangat kukuh dan itu menjadikannya ia amat rumit. Ini bermakna kami perlu menjadi versi terbaik diri kami,” kata Klopp.

Reds juga akan kembali ­mendapat sentuhan kapten mereka, Virgil van Dijk yang ­terlepas dua perlawanan ­domestik akibat penggantu­ngan.
Tonggak pertahanan Belanda itu mengetuai kemenangan pasukan di Austria kelmarin, dan memimpin pemain-pemain muda dengan baik.

Selepas mengharungi lima perlawanan musim ini, Reds menduduki tangga ketiga liga dengan 13 mata hasil empat kemenangan dan satu seri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya