Langkah dua beregu campuran tersekat di separuh akhir

Langkah dua beregu campuran tersekat di separuh akhir

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjuangan dua beregu campuran negara dalam kejohanan badminton Terbuka China berkubur selepas tersingkir pada separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Gandingan berpengalaman Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang beraksi cemerlang menyingkirkan pilihan keempat, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand semalam tidak mampu mengulangi persembahan sama.

Kian Meng-Pei Jing yang pernah menghuni ranking No. 5 dunia, sebelum ditimpa kemerosotan sehingga jatuh ke tangga No. 23 dunia terpaksa akur kepada juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 19-21, 11-21.

CHEN TANG JIE-TOH EE WEI

Nasib serupa mengiringi satu lagi beregu Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang gagal menandingi ketangkasan pasangan No. 8 dunia, Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis 16-21, 13-21.

Buat Tang Jie dan Ee Wei, kemaraan mereka sehingga ke separuh akhir pada kejohanan berstatus Super 1,000 merupakan pencapaian terbaik beregu muda negara itu sejak digandingkan pada hujung tahun lalu.

Bagi Kian Meng-Pei Jing pula, mara sehingga ke separuh akhir boleh dijadikan sebagai medan kebangkitan mereka untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik, sekali gus kekal relevan dalam program Road To Goal (RTG). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya