Jurulatih, atlet perlu peka elak 'sangkut' doping

Jurulatih, atlet perlu peka elak ‘sangkut’ doping

DR. Shaharum Shamsuddin (duduk depan tengah) bersama penceramah dan penuntut USM pada Persidangan Antarabangsa Sains dan Sukan Kali Ke-13 di USM Kubang Kerian, Kota Bharu kelmarin. - UTUSAN/ ROSLJZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan jurulatih dan atlet perlu sentiasa peka berhubung pengambilan makanan tambahan bagi mengelakkan mereka ‘tersangkut’ bahan terlarang semasa ujian doping dijalankan.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, barisan jurulatih dan atlet perlu mengetahui bahan yang terkandung dalam makanan tambahan yang diambil.

“Kadang-kadang kandungan bahan yang digunakan dalam makanan tambahan itu tidak dimaklumkan secara spesifik. Jadi, kita berharap sangat pihak berkenaan (jurulatih dan atlet) supaya lebih berhati-hati ketika mengambil sebarang makanan tambahan.

“Kita tidak nafikan isu ini (dopping) berlaku bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di serantau dunia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains dan Sukan Kali Ke-13 (13TH ISSC) di USM Kubang Kerian kelmarin.

Seramai 10 orang penceramah jemputan, 26 orang penceramah simposium, 61 orang pembentang lisan dan 13 orang pembentang poster daripada pelbagai negara termasuk New Zealand, South Korea, Turkiye, Indonesia, China, Hong Kong, India, Thailand, dan Finland terlibat dalam persidangan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 6 September.

Dr. Shaharum memberitahu, selain itu pihak berkenaan termasuk pasukan yang menguruskannya dalam kesukanan seperti pakar kesihatan, pemakanan, fisioterapi dan yang berkaitan perlu memeriksanya terlebih dahulu sama ada ubat atau makanan tambahan yang diberikan kepada atlet.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan makanan tambahan  atau ubat itu mengandungi bahan terlarang atau tidak.

Mengulas mengenai seminar itu, Dr. Shaharum berkata, persidangan tersebut juga akan memberi tumpuan kepada cabaran dalam bidang sukan berprestasi tinggi, kejurulatihan dan latihan dalam kalangan atlet.

“Sains Sukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi atlet dengan memberikan pemahaman saintifik tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi keupayaan fizikal dan mental.

“Antara isu dan topik yang akan dibincangkan dalam persidangan ini adalah pemakanan sukan, psikologi sukan, fisiologi sukan, bimekanik sukan dan rehabilitasi sukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya