Johor cari lubuk emas baharu di Sukma 2024

Johor cari lubuk emas baharu di Sukma 2024

MOHD. HAIRI MAD SHAH (tengah) bergambar bersama sebahagian atlet yang beraksi dalam Sukan Bangsa Johor 2023 pada majlis perasmian di Arena Larkin Johor Bahru semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, Johor bertekad mempertahankan gelaran apabila temasya kembali di Sarawak tahun depan.

Biarpun sukan kanu yang menjadi lubuk emas kontinjen Johor tidak dipertandingkan pada edisi tersebut, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) tetap optimis mampu mengulangi kejayaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, program pemba­ngunan sukan di negeri itu berjalan lancar dan MSNJ te­lah me­ngenal pasti bakat baharu.

“Kita akan cuba sedaya upaya pertahankan gelaran juara keseluruhan. Bagaimanapun, untuk mengulangi pencapaian lalu (77 emas) agak sukar kerana atlet sebelum ini sudah melebihi had umur untuk bertanding pada Sukma.

“Dahulu sukan kanu menjadi lubuk emas, namun setelah dapat tahu ia tidak disenaraikan di Sarawak, tumpuan kita terarah kepada olahraga sebagai potensi menyumbang pingat,” katanya selepas merasmikan Sukan Bangsa Johor 2023 di Stadium Arena MBJB semalam.

Johor memahat sejarah muncul juara keseluruhan Sukma di Kuala Lumpur apabila membawa pulang 77 emas berban­ding 55 pingat emas yang disasarkan.

Mohd. Hairi akan mengadakan perbincangan lanjut bersama MSNJ bagi menetapkan sasaran pingat serta melengkap­kan senarai pendek atlet pada awal tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya