Jeritan Guardiola bangkitkan Haaland

Jeritan Guardiola bangkitkan Haaland

ERLING Haaland dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Lelaki Terbaik Eropah di Monaco semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Erling Haaland membuka mulut mengenai perasaannya sering diherdik pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Semalam, penyerang berusia 23 tahun itu dinobat sebagai ­Pemain Lelaki Terbaik Eropah selepas memecah rekod meledak 52 gol musim lalu.

Haaland memainkan pe­ranan besar membantu City memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA, malah sudah meraih anugerah pada musim pertama di Etihad seperti ­Pemain Terbaik Liga Perdana serta Pemain Muda Terbaik.

Ketika menerima trofi di atas pentas, bintang Norway itu ­ditanya tentang siapa lebih menakutkan, Guardiola atau bapanya, Alf-Inge Haaland yang juga bekas pemain City.

Haaland membalas: “Soalan yang bagus. Kadangkala Pep agak menakutkan, saya perlu mengatakan perkara ini. Tetapi bapa saya juga boleh menjadi agak menakutkan.

“Bagaimanapun ia sesuatu yang saya suka, saya suka apabila Pep menjerit kepada saya kerana dia cuba membuatkan saya tersedar, mungkin dia fikir otak saya tidak begitu berfungsi ketika itu.

“Jadi saya suka, saya langsung tidak merungut, dia hanya mahu menjadikan saya pemain bola sepak yang lebih baik,” kata Haaland.

Sementara itu, Aitana Bonmati dinobat sebagai Pemain Wanita Terbaik, Guardiola pula muncul Jurulatih Terbaik Lelaki, manakala Sarina Wiegman ditabalkan sebagai Jurulatih Terbaik Wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya