TOULOUSE, Perancis: Jepun terselamat daripada kebangkitan yang cuba dilakukan Samoa untuk menang 28-22 awal pagi tadi, sekali gus membantu England mara ke suku akhir.
Kemenangan skuad Brave Blossoms itu menghidupkan peluang mereka sendiri untuk mengiringi England ke peringkat lapan terbaik.
Jepun yang melayakkan diri ke suku akhir buat kali pertama ketika menjadi tuan rumah, empat tahun lalu akan berdepan Argentina dalam aksi terakhir Kumpulan D pada 8 Oktober ini.
Hanya salah satu daripada mereka akan mengiringi England, yang sudah pun mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan.
Power and precision 🎯
Kazuki Himeno finished the move that gave @JRFURugby the win in Toulouse! #RWC2023 | #JPNvSAM pic.twitter.com/hTzP0Lc287
— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) September 28, 2023
Jepun menumpaskan Samoa menerusi try daripada Pieter Labuschagne, Michael Leitch dan Kazuki Himeno, selain sepakan mantap Rikiya Matsuda.
Samoa yang gagal bangkit di saat akhir perlu mengalahkan England dalam aksi terakhir pada 7 Oktober, namun kekalahan mereka kepada Jepun bermakna kedudukan England di tangga teratas Kumpulan D tidak boleh digugat.
“Ia ibarat peringkat kalah mati buat Jepun, dan kami perlu cuba menewaskan pasukan Argentina yang hebat minggu depan,” kata pertahanan Jepun, Lomano Lemeki. – AGENSI