JDT mahu tebus maruah

JDT mahu tebus maruah

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalani latihan semalam menjelang perlawanan menentang Ulsan Hyundai.– Ihsan JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad untuk mengejutkan Kawasaki Frontale pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari enggan rekod pertemuan dahulu dimalukan 5-0 pada musim lalu berulang, malah mengingatkan setiap pemain untuk tampil dengan mentaliti yang berbeza dengan corak disiplin taktikal lebih ampuh.

“Kami akan turun bermain bermati-matian bagi melupakan apa yang berlaku pada musim lalu, aksi pertama ini menjadi ukuran sejauh mana pasukan mampu menempuh laluan berliku dalam kejohanan ACL ini.

“Jadi perlawanan ini, kita tidak boleh tersilap langkah, pastinya JDT tidak hanya akan bermain secara bertahan sebaliknya mengekalkan cara permainan JDT, iaitu cuba menguasai permainan dan melakukan serangan bertali arus bagi memburu gol awal,” katanya.

Skuad Harimau Selatan telah bersedia untuk kejohanan tersebut sejak sembilan bulan lalu dan para pemain telah menjalankan persiapan rapi menjelang aksi pembukaan ini.

Solari mengakui saingan ACL berbeza dengan aksi dalam liga tempatan setelah berdepan dengan pasukan yang terbaik di peringkat Asia dan corak permainan berintensi tinggi yang dipraktikkan selama ini akan membantu pasukan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal

Tambahnya, kehadiran semula Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo yang telah menjalani latihan bersama membuatkan pasukan itu bakal menambah taring bagi skuad berdepan pasukan dari Jepun itu.

“Forestieri mula menjalani latihan sejak tiga hari lalu, manakala Diogo sudah 10 hari bersama pasukan, saya perlu lihat tahap kecergasan mereka dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menyenarai mereka dalam kesebelasan utama.

“Tidak dinafikan kelab dari Jepun itu sebuah kelab yang kuat kerana mereka bersaing di liga yang cukup kompetitif selain jurulatih mereka (Toru Oniki) sudah enam tahun membimbing Kawasaki Frontale dan mereka dilihat sebagai pasukan terkuat dalam Kumpulan I.

“Apa pun kami akan sahut cabaran untuk beri saingan dan berusaha untuk tingkatkan lagi kualiti permainan kerana ia berbeza apabila beraksi di pentas liga domestik selain perlu sentiasa beri tentangan kepada pasukan lawan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya